Wednesday, 12 August 2009

Jaulah Mesir dan PMPI 2009

MESIR, 20 Jun – Sebuah Rombongan yang terdiri seramai 4 orang ikhwah dari United Kingdom berangkat ke bumi anbiya’ (Mesir) bagi melengkapkan aktivity terakhir ISMA UK EIRE untuk sesi 2008 / 2009. Rombongan kali ini dinamakan “ Jaulah Ke Bumi Anbiya’ “



Ikhwah Isma UK/Eire tiba di Mesir sekitar pukul 10 malam ( waktu mesir ) dan disambut baik oleh ikhwah ISMA-MESIR. Selain itu ikhwah UK/EIRE ditempatkan di sebuah rumah yang diberi nama “Bawabahtaniah” yang juga merupakan rumah transit bagi ikhwah ISMA-MESIR. Rombongan ini bukanlah semata-mata untuk berjaulah tetapi juga untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi ikhwah UK/EIRE untuk membawa pulang ke tempat sendiri bagi mengembangkan lagi sayap ISMA di Eropah.



Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh tuan rumah ( ikhwah ISMA-MASIR ) bagi memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin keberadaan ikhwah UK/EIRE di Mesir antaranya adalah Ziarah ke rumah ikhwah di seluruh Mesir seperti di Kaherah, Alex, Mansurah dan Tonto. Selain itu juga ikhwah UK/Eire dibawa bersiar-siar sambil menuntut ilmu ke sekitar Piramid, makam para ulamak besar dan juga yang tidak boleh dilupakan adalah jaulah ke Sinai. Walaupun jaulah ini berlangsung secara berterusan namun semangat yang ditunjukkan oleh ikhwah UK tidak pernah padam dan masih dahagakan ilmu.




Pogram kemuncak bagi ikhwah UK/Eire di Mesir adalah “Perkhemahan Musim Panas ISMA“. Pogram ini diadakan selama 3 hari iaitu bermula dari 3 Julai sehingga 7 Julai di Marsa Matruh. Bagi ikhwah UK/Eire pogram ini sangat bermakna kerana dengan pogram seumpama ini memberi ruang kepada ikhwah UK/Eire untuk menuntut ilmu sambil mengambil suasana tarbiyah dan juga merapatkan ukhwah sesama ikhwah Isma-Mesir. Walaupun suhu sekitar 40oC namun semangat yang ditunjukkan oleh ikhwah-ikhwah ISMA sangat baik.



Setiap bermula pasti ada akhirnya, pada 10 Julai 2009, ikhwah UK/Eire terpaksa meninggalkan bumi anbiya’ yang tercinta walaupun dalam hati mereka berat untuk meninggalkan bumi tersebut tapi bagi mereka, United Kingdom dan Ireland lebih memerlukan mereka untuk menyampaikan ilmu dan dakwah yang ditimba dari Mesir. Segala pengalaman dan ilmu akan digunakan dan disampaikan sebaik mungkin kepada generasi akan datang. Semangat dan ukhwah juga suasana yang ditunjukkan ketika berada di Mesir digarap dengan baik dan akan diusahakan untuk mewujudkannya di UK/EIRE nanti InsyaAllah.



Dilaporkan
KEJERNIHANKU MSZ
SETIAUSAHA ISMA UK/EIRE

0 comments:

Post a Comment