Sunday, 23 August 2009

Ibtida' Yang Murni (Kepada Penggerak dan Bakal Penggerak)

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim yang berserah diri)'?" [Fussilat, 41 : 33]

Ibtida' yang murni, bermaksud permulaan yang murni. Ya, ini baru permulaan kepada usaha bagi menyampaikan kebenaran, di mana kebenaran itu mungkin sukar diperolehi di dunia luar sana.

Kerana media dikuasai oleh Yahudi laknatullah.
Kerana minda kita dikongkong oleh situasi Jahiliyyah.
Kerana kita sendiri yang tidak mahu mencari.

Justeru, ini merupakan suatu tanggungjawab dari pihak kami, untuk menyebarkan kebenaran. Hal ini adalah kerana mereka yang mengetahui kebenaran tetapi tidak menyampaikannya, dilaknat oleh Allah Taala, seperti yang difirmankan-Nya berikut:

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Qur'an), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat." [Al-Baqarah, 2 : 159]

Maka, sudah gentarkah jiwa-jiwa yang membaca? Anda sudah pasti tahu akan kebenaran yang disebut-sebut itu kan? Jadi, apa lagi, sebarkanlah, kerana, dengan setiap usaha penyebaran kebenaran, dan pemansuhan kebatilan, atau dalam perkataan lainnya, iaitu DAKWAH akan diredhai Allah dan akan dijanjikan kemenangan oleh-Nya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad, 47 : 7]

"Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin." [As-Saff, 61 : 13]

"...lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang." [As-Saff, 61 : 14]

Maka, apa yang ditunggu lagi wahai pembaca? Sesungguhnya Allah menyediakan jalan dan panduan untuk kita menyebarkan kebenaran. Justeru, gunakanlah segala wasilah yang ada untuk menyebarkan kebenaran.

Sesungguhnya perjalanan kita jauh, demi mengejar sinar di hujung destinasi....


Bakal Penggerak UK, Ireland dan Czech Republic (insya-Allah), bersama-sama Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik dan Pengerusi ISMA UK-Eire, Akhi Iqbal Tahir

Wednesday, 12 August 2009

Perutusan Presiden ISMA Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 52

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل وخير رسول أرسل وجعلنا خير أمة أخرجت للناس، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، أدى الأمانة وبلغ الرسالة وجاهد في الله خير جهاده ما ترك أمراً يقربنا لله إلا قربنا منه، نزل الله عليه الكتاب بيناً وهدى وبشرى للمسلمين، اللهم صلي وسلم وبارك على هذا النبي الكريم وعلى آله وصحابته أما بعد
Siapa ISMA?

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada 7 Julai 1997. Ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang begiat cergas dalam usaha-usaha dakwah dan pendidikan dengan slogan “Membina Generasi Harapan”.

Melalui usah-usaha tersebut, ISMA menuju ke arah membina semula generasi Islam yang melaksanakan dalam diri mereka nilai-nilai Islam dalam segenap lapangan hidup; atau dengan kata lain membina semula jatidiri dan keperibadian umat. Salah satu nilai yang menjadi landasan dalam perjuangan ISMA ialah nilai kesetiaan bangsa.

Konsep “bekerja untuk Allah”, telah menjadikan usaha memartabatkan maruah dan kemuliaan bangsa sebagai jihad yang tinggi dan mulia di sisi ISMA. Ahli ISMA mengabadikan kehidupan peribadi mereka demi mengembalikan kegemilangan silam.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 52

Warga ISMA bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada tahun ini, tahun 2009, buat julung-julung kalinya ISMA dapat menganjurkan secara rasmi Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-52.

Sambutan yang diadakan dengan cara yang tersendiri ini dilancarkan sebagai kaedah untuk menyampaikan suara hati rakyat terhadap kekusutan yang sedang dihadapi oleh umat kini. Keserabutan itu berpunca daripada kelunturan yang menyeluruh dari aspek kesetiaan bangsa.

ISMA mahu mengajak umat Islam seluruhnya untuk memperbaharui keteguhan hati dalam mepertahankan identiti bangsa mereka. Justeru itu, ISMA memilih tema yang sangat menarik yang berbunyi;

“Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam”.

Sebab Tema Ini Dipilih

Kesetiaan ialah keteguhann hati. Kesetiaan bangsa yang dimaksudkan di sini ialah keikhlasan, kejujuran dan keteguhan hati terhadap agenda bangsa yang merupakan misi perjuangan, sebab wujud dan alasan kelangsungannya.

Mari kita kembali kepada asal intima’ (penggabungan) kita sebagai Melayu Muslim. Sebuah bangsa berdaulat tegak berdiri semenjak ribuan tahun yang lalu; yang telah menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dengan risalahnya.

Kenapa hari ini kita menjadi terumbang-ambing tanpa risalah dan tanpa haluan?

Ini kerana, kita telah lupa asal-usul diri kita, kita menjadi bangsa tanpa identiti, menjadi umat yang mengikut langkah umat yang lain. Kita hilang jati diri kita sendiri.

نحن على ملة غير الذى نتنحل
كلام النبيين كلامنا و أفعال اهل الجاهلية نفعل

Kita berada atas satu ajaran bukan dari sumber ambilan kita
kalam nabi-nabi adalah kalam kita, tetapi perbuatan ahli jahiliyyah yang kita lakukan
(Penyair Arab Syauqi)

Islam telah menjadikan kita bangsa yang mulia, mempunyai matlamat kewujudan dan memiliki risalah kepada manusia. Islam memberikan kita sebab kelangsungan dan tangga menuju kecemerlangan. Sejarah telah mensebatikan Islam dan Melayu dan ia tidak mungkin dapat dipisahkan.

Proses normalisasi dengan kehidupan liberal dan plural menjadikan kita lupa identiti, lupa risalah dan juga lupa misi kita sebagai khaira umah (umat terbaik); misi sebagai syuhada’ (saksi) ke atas manusia. Inilah punca segala penyakit dan permulaan kepada keruntuhan.

Justeru itu, ISMA menyeru: Ayuh kita kembali kepada diri kita, bertaubat dengan taubat nasuha.

نحن قوم أعزنا الله بالاسلام فمهما نبتغى العزة بغير ما أعزنا الله اذلنا الله

Kita adalah kaum yang diberikan kemuliaan dengan Islam, selama kita mencari kemuliaan dengan selain daripadanya kita [akan] dihina oleh Allah.

ISMA menyeru semua untuk kembali kepada kesetiaan, keteguhan hati, kesatuan dan kebenaran intima’.

Bahkan kehinaan bukan berhenti setakat itu, bahkan kita telah menjadi habuan kepada pemangsa sekitar kita.

يوشك الأمم أن تتداعى عليكم ، كما تتداعى الآكلة إلى قصعتها ، فقال قائل : ومن قلة بنا نحن يومئذ؟ ! قال : بل أنتم يومئذ كثير ، ولكنكم غثاء كغثاء السيل ، ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم ، وليقذفن في قلوبكم الوهن ، قال قائل : يا رسول الله ! وما الوهن ؟ ! قال : حب الدنيا ، وكراهية الموت .


Kamu akan dikerumuni oleh umat manusia seperti anai-anai mengerumuni makanannya. Bertanya seseorang: Adakah ia disebabkan bilangan kami sedikit pada waktu itu? Rasulullah s.a.w. menjawab: Bahkan kamu ketika itu ramai, tetapi kamu seumpama buih di laut. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa takut terhadapmu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seseorang bertanya: Apakah itu ‘wahan’, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Cintakan dunia dan bencikan kematian.”
(Hadis Sahih: Misykah al-Masobih, Albani)

Demikianlah, kita hilang keperibadian dan jatidiri. Setiap kita berputar pada kehidupan sendiri, individualistik, berputar seperti debu-debu ditiup angin mengelilingi kepentingan individu, atau kumpulan; mengorbankan kepentingan umat dan agenda nasional. Bahkan agenda-agenda umat kita jadikan tukaran dalam dagangan perebutan kuasa politik.

Tiada lagi kepercayaan sesama sendiri. Kawan bertukar musuh dan musuh bertukar kawan, silih berganti setiap kali musim berputar.

Lebih teruk lagi apbila masing-masing mengambil orang kafir sebagai kawan yang setia untuk melawan muslim yang lain.

Allah berfirman:


“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Aali Imran: 118)




“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Aali Imran: 28)


ISMA menyeru umat Islam khususnya umat Melayu untuk kembali kepada diri mereka dan memartabatkan kesetiaan bangsa yang telah terhakis.

Ambil pengajaran dari pengalaman lalu, setiap kali kesetiaan kita tinggi maka ketika itu kita cemerlang dan setiap kali kesetiaan bangsa ini lemah, maka ketika itu kita menjadi habuan musuh.

Fikir-fikir dan nilai-nilaikan.


Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden,
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Jaulah Mesir dan PMPI 2009

MESIR, 20 Jun – Sebuah Rombongan yang terdiri seramai 4 orang ikhwah dari United Kingdom berangkat ke bumi anbiya’ (Mesir) bagi melengkapkan aktivity terakhir ISMA UK EIRE untuk sesi 2008 / 2009. Rombongan kali ini dinamakan “ Jaulah Ke Bumi Anbiya’ “



Ikhwah Isma UK/Eire tiba di Mesir sekitar pukul 10 malam ( waktu mesir ) dan disambut baik oleh ikhwah ISMA-MESIR. Selain itu ikhwah UK/EIRE ditempatkan di sebuah rumah yang diberi nama “Bawabahtaniah” yang juga merupakan rumah transit bagi ikhwah ISMA-MESIR. Rombongan ini bukanlah semata-mata untuk berjaulah tetapi juga untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi ikhwah UK/EIRE untuk membawa pulang ke tempat sendiri bagi mengembangkan lagi sayap ISMA di Eropah.



Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh tuan rumah ( ikhwah ISMA-MASIR ) bagi memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin keberadaan ikhwah UK/EIRE di Mesir antaranya adalah Ziarah ke rumah ikhwah di seluruh Mesir seperti di Kaherah, Alex, Mansurah dan Tonto. Selain itu juga ikhwah UK/Eire dibawa bersiar-siar sambil menuntut ilmu ke sekitar Piramid, makam para ulamak besar dan juga yang tidak boleh dilupakan adalah jaulah ke Sinai. Walaupun jaulah ini berlangsung secara berterusan namun semangat yang ditunjukkan oleh ikhwah UK tidak pernah padam dan masih dahagakan ilmu.




Pogram kemuncak bagi ikhwah UK/Eire di Mesir adalah “Perkhemahan Musim Panas ISMA“. Pogram ini diadakan selama 3 hari iaitu bermula dari 3 Julai sehingga 7 Julai di Marsa Matruh. Bagi ikhwah UK/Eire pogram ini sangat bermakna kerana dengan pogram seumpama ini memberi ruang kepada ikhwah UK/Eire untuk menuntut ilmu sambil mengambil suasana tarbiyah dan juga merapatkan ukhwah sesama ikhwah Isma-Mesir. Walaupun suhu sekitar 40oC namun semangat yang ditunjukkan oleh ikhwah-ikhwah ISMA sangat baik.



Setiap bermula pasti ada akhirnya, pada 10 Julai 2009, ikhwah UK/Eire terpaksa meninggalkan bumi anbiya’ yang tercinta walaupun dalam hati mereka berat untuk meninggalkan bumi tersebut tapi bagi mereka, United Kingdom dan Ireland lebih memerlukan mereka untuk menyampaikan ilmu dan dakwah yang ditimba dari Mesir. Segala pengalaman dan ilmu akan digunakan dan disampaikan sebaik mungkin kepada generasi akan datang. Semangat dan ukhwah juga suasana yang ditunjukkan ketika berada di Mesir digarap dengan baik dan akan diusahakan untuk mewujudkannya di UK/EIRE nanti InsyaAllah.



Dilaporkan
KEJERNIHANKU MSZ
SETIAUSAHA ISMA UK/EIRE