Sunday 15 February 2009

Daurah Winter 2008 ISMA UK-Eire

Sheffield, UK – Bagi mewujudkan satu organisasi yang unggul dan mantap, satu pogram daurah telah dijalankan selama 3 hari iaitu dari 22 Disember sehingga 25 Disember. Pogram Daurah yang buat pertama kalinya dijalankan di Sheffield ini dikelolai oleh seorang ustaz yang diimport khas dari Malaysia tanah bumi air tercinta iaitu Ustaz Zaidi Bin Mohd Jalil. Pogram ini disertai seramai 8 orang ikhwah dan 2 orang akhawat.





Daurah yang bertemakan” Satu Permulaan, Satu Usaha” ini dijalankan hasil kerjasama dengan Muslim Association of Britain (MAB) dimana mereka menyediakan segala kelengkapan dan lokasi supaya pogram ini berjalan dengan lancar. Daurah ini dijalankan di sebuah kediaman yang dinamakan Muslim Walfare House, dimana kediaman ini merupakan juga suatu tempat untuk untuk menyebarkan dakwah islamiyyah dikalangan penduduk Sheffield ini.





Walaupun bilangan ikhwah dan akhawat di Sheffield dan Manchester tidak ramai namun itu bukanlah satu penghalang bagi mereka untuk terus memperjuangkan dakwah islamiyyah berlandaskan prinsip dan gerak kerja ISMA di bumi UK ini. Daurah yang pertama kali dijalankan ini telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot umum dan solat penggerak. Dalam sesi slot umum, isu-isu seperti keruntuhan akhlak dan moral umat dan sejarah umat Islam telah dibentangkan oleh Ustaz Zaidi dan dibincangkan bersama audiens. Kebanyakan peserta tertarik dengan isu ini dan mengakui bahawa banyak perkara baru yang telah dipelajari.





Ustaz Zaidi juga membentangkan satu tajuk yang amat penting iaitu dakwah Fardiyyah. Dakwah Fardiyyah dikatakan adalah satu skill yang amat basic kepada sesiapa yang menggelarkan dirinya dai'e. Penggerak telah mendapat banyak input yang berguna daripada pembentangan tersebut yang bakal diaplikasikan pada masa hadapan..insyaAllah

Walaupun daurah ini cuma mengambil masa 3 hari namun input yang diterima sangat berharga dan banyak nasihat dan kata-kata pemangkin telah diberikan oleh ustaz Zaidi sepanjang keberadaan beliau disini memandangkan kami semua merupakan pioneer (perintis ) di sini.
Semoga daurah yang pertama ini menjadi titik tolak untuk ISMA terus berkembang keseluruh UK dan juga EIRE.
Dilaporkan oleh
MSZ
Setiausaha ISMA/EIRE

3 comments:

Anas Ghazali said...

salam ukhuwah dari mesir:)

Anonymous said...

salam ukhuwwah dari ikhwah KMB..

zuz

Azman said...

salam ukhuwah dari ISMA Johor

Post a Comment