Wednesday 25 November 2009

Mabit, Pengerat Ukhuwwah




SHEFFIELD, 13 Nov – Mabit atau juga lebih dikenali sebagai Qiamullail adalah kekuatan bagi umat Islam sejak dari zaman Rasulullah lagi. Mengambil dari ikhtibar itu sebuah Mabit telah dijalankan di Sheffield sebagai tuan rumah untuk kali pertama bagi sesi 2009-2010.


Mabit ini dihadiri oleh ikhwah-ikhwah dari seluruh UK yang seramai 15 orang. Setelah lama tidak bersua sejak berakhirnya pogram-pogram ISMA di Malaysia, mabit pada kali ini mempertemukan kembali dan mengeratkan lagi ukhwah di kalangan ikhwah-ikhwah UK.


Ikhwah-Ikhwah UK tiba di Sheffield seawall lebih kurang jam 7.15 petang, dan mabit bermula pada pukul 9.30 malam bertempat di Muslim Walfare House Of Sheffield. Seperti biasa bagi melengkapkan ciri-ciri sebuah usrah, sesi taa’ruf menjadi pembuka atucara. Pelbagai gelagat dan karenah ikhwah dapat dilihat semasa sesi taa’ruf menunjukkan betapa intimnya ikatan ukhwah yang dibina di atas dasar agama.


Sedikit daurah telah disampaikan oleh akh Iqbal berkenaan dengan “Peperangan Ain Jalut”. Peperangan Ain Jalut adalah peristiwa di mana umat Islam bangkit kembali selepas kejatuhan kota Baghdad yang diserang puak Monggol. Peperangan Ain Jalut berlaku pada bulan Ramadhan bertempat di Palestin. Daurah ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam disusuli dengan sesi soal jawab.

Al-Quran menjadi tunjang bagi agama, tanpa Al-Quran maka tiada pegangan bagi umat islam, jesteru itu, aktiviti diteruskan lagi dengan bacaan tilawah Al-Quran, dimana ikhwah di bahagikan kepada 2 kumpulan dan diminta untuk membaca surah An-Nisa’. Seterusnya tidur beramai-ramai seawal pukul 11.30 malam.


Pogram kemuncak bagi Mabit pada kali ini adalah qiamullail, walaupun ada di antara mereka yang tidak dapat solat berjemaah bersama, namun qiamullail tetap dijalankan sehingga subuh menjelma. Ada diantara ikhwah mengambil peluang ini untuk menghafal Al-Quran dan mentasmik Al-Quran kepada ikhwah yang lain.


Walaupun Mabit kali ini agak biasa, namun kesannya amat mendalam dapat dirasa oleh ikhwah-ikhwah apatah lagi berjumpa kembali setelah berbulan-bulan tidak berjumpa. Di harap pogram seperti ini akan dijalankan lagi di seluruh UK insyaAllah

1 comments:

Anonymous said...

Memberangsangkan. Salam ziarah dari ISMA Cawangan Hulu Langat.

Post a Comment