Monday 20 April 2009

Laporan Jaulah Winter 2008 ISMA UK-Eire

London / Ireland- “Fitrah Dicapai Ukhwah Disemai” tema yang diberikan untuk jaulah yang ulung kalinya dijalankan oleh ikhwah UK/EIRE. Jaulah yang pertama ini dijalankan selama 5 hari iaitu bermula dari 25 sehingga 30 Disember 2008 ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan, peratalian ukhwah sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah.



Pada 25 sehingga 27 Disember, destinasi pertama bagi para ikhwah UK adalah bandaraya London, banyak tempat yang telah diziariahi seperti Hyde park (sebuah taman terbesar di UK ), London Bridge, Buckingham Palace ( Istana Kerajaan British ), Stadium Arsenal dan sebagainya. Pada setiap tempat diadakan pula sedikit tazkirah oleh setiap ikhwah di bawah tajuk 10 individu muslim. Setiap ikhwah diberi tugas untuk menghayati dan mengamalakan 10 ciri-ciri individu muslim sepanjang jaulah ini berlangsung. Pada 27 Disember, tibalah masanya Ustaz Zaidi untuk pulang ke tanah air dengan diiringi oleh semua ikhwah ke lapangan terbang Heatrow. Segala bukti dan jasanya amatlah dihargai.



Destinasi kedua merupakan satu bandar di kepulauan bersebalahan UK iaitu Dublin, Ireland. Dublin merupakan sebuah bandar yang besar dan maju. Ikhwah UK dijemput baik oleh ikhwah dari Ireland iaitu akhi Hijjaz dan akhi Zaquan. Pertama di Dublin mereka semua dibawa berjalan-jalan disekitar Bandar Dublin, taman, serta University College Dublin (UCD).




Hari kedua di Ireland iaitu pada 29 Disember,ikhwah bertolak ke sebuah lagi bandar yang terkenal di Ireland iaitu Galway. Galway merupakan sebuah bandar yang unik dengan binaan batu sekitar jalan raya yang cukup menarik minat para pelancong yang melihatnya. Melihatkan keadaan di situ, membawa satu keinsafan dalam diri setiap diri ikhwah betapa agungnya ciptaan Allah yang Maha Kuasa ( SubhanAllah )
Setiap yang mula pasti akan berakhir, pada 30 Disember tibalah waktunya untuk ikhwah pulang ke tempat masing-masing. Segala pengalaman dan cabaran yang ditempuhi merupakan satu titik tolak perubahan kepada ikhwah bagi mematangkan diri dan berusaha untuk lebih berdikari. Jaulah yang pertama ini membawa seribu satu kenangan
manis dan pahit buat semua.




Dilaporkan oleh
KEJERNIHANKU MSZ
Setiausaha ISMA/EIRE

0 comments:

Post a Comment