Tuesday 21 April 2009

Kuliah Maghrib di Muslim Welfare House of Sheffield.

SHEFFIELD , 15 April – Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA UK/EIRE ) telah menganjurkan satu pogram Kuliah Maghrib bertempat di Islamic Centre atau juga dikenali sebagai Muslim Welfare House of Sheffield. Kuliah yang berlangsung selama hampir 2 jam tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Shuhaib Ar-rumy bin Selamat yang juga merupakan presiden ISMA MESIR. Tajuk kuliah yang dipilih adalah “ Survival Melayu “ bertepatan dengan keadaan melayu yang semakin ramai di Sheffield ini.

Program ini merupakan program penggarapan umum yang pertama dianjurkan oleh ahli-ahli ISMA UK/EIRE kepada masyarakat setempat. Jumlah pelajar yang hadir amat menggalakkan iaitu seramai 20 lelaki dan 15 wanita yang kesemuanya seramai 35 orang. Jumlah ini menyuntik semangat ahli-ahli ISMA UK/EIRE untuk terus berusaha mengadakan pogram seperti ini lagi.

Kuliah bermula pada pukul 8.45 malam dan ditangguhkn seketika pada pukul 9.40 malam bagi menunaikan solat isyak dan bersambung semula sehingga pukul 10.10 malam untuk sessi soal jawab. Banyak respon yang menarik diberikan oleh para hadirin antaranya isu berkaitan akhlak melayu dan masyarakat malaysia, langkah untuk memperbaikinya serta isu Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Walaupun pogram seumpama ini diadakan secara sederhana, namun pogram ini merupakan satu titik tolak permulaan bagi ISMA UK/EIRE untuk terus menyinar dan melebarkan sayapnya ke seluruh bumi UK dan Ireland. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dan dijadikan batu loncatan bagi ISMA UK/EIRE untuk terus maju kehadapan.

Dilaporkan oleh
KEJERNIHANKU MSZ
SETIAUSAHA ISMA UK/EIRE

2 comments:

FATHI TAHIR said...

Alhamdulillah....da'wah umum tu...da cntik tu....
lg.. cntik kalau dpt susun strategi utk amal tajnid(memilih mana yang b'potensi)..

B I N N A J A H !

suhailsufian said...

salam ukhuwwah sari mesir.
Teruskan usaha antum!!

Post a Comment